UPM, Mahsuri Dagang edar bubur lambuk

UPM, Mahsuri Dagang edar bubur lambuk

KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 pek bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai terutama pelajar dan komuniti di sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi kerjasama Mahsuri Dagang dan Media Mulia Sdn. Bhd. (MMSB).

Program Cakna Putra 2.0 anjuran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) UPM itu yang bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan itu diadakan di pekarangan fakulti berkenaan semalam.

Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Dekan FBMK, Prof. Dr. Hazlina Abdul Halim dan Pengarah Urusan MMSB, Azlan Jaafar dan Chef Johar Iederus turut sama menjayakan program berkenaan.

Selain masakan bubur lambuk, tajaan oleh Mahsuri Dagang itu merangkumi bahan-bahan masakan daripada jenama Mahsuri, bantuan kepada 40 orang pelajar asnaf serta 80 orang anak yatim Baitul Ulfah dan Rumah Bakti Al Kausar serta sumbangan pembinaan surau di FBMK UPM. – UTUSAN

Scroll to Top