Itu bukan 'love bite' – Yazmin Aziz

Itu bukan 'love bite' – Yazmin Aziz

Kuala Lumpur: Penyanyi, Yazmin Aziz menafikan kesan merah di lehernya adalah gigitan cinta (love bite) seperti didakwa netizen beberapa hari lalu dalam hantaran video yang dimuat naik di TikToknya.

Yazmin kemudiannya memuat naik semula video sama di Instagram dengan penerangan ringkas menafikan perkara itu.

“Bukan. Itu bukan ‘love bite’,” tulisnya.

Terdahulu, video nyanyian ‘cover’ lagu Alamak Raya Lagi! nyanyian asal De Fam di TikTok itu menerima komen kurang manis netizen.

“Nak tunjuk ‘love bite’ lah itu,” tulis satu netizen.

“Banyak ‘love bite’. Dosa ditayangkan umum,” tulis netizen yang lain.

Namun, ramai juga yang menjelaskan bahawa itu bukanlah kesan ‘love bite’ sebaliknya kesan garu akibat gatal-gatal.

“Cerdik betul ya. ‘Love bite’ dengan kesan gatal tak boleh bezakan,” tulis satu netizen lagi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top