JDT beri penghargaan kepada Arif Aiman

JDT beri penghargaan kepada Arif Aiman

KUALA LUMPUR – Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi penghargaan tertinggi kepada pemain sayap pasukan, Arif Aiman Hanapi.

Arif Aiman merupakan tunjang utama pasukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan meraih pelbagai kejayaan pada peringkat domestik.

Pemain berusia 22 tahun itu yang memulakan karier dari JDT IV kini dijadikan ikon sebagai panduan buat para pemain muda yang bermula dengan proses yang sama seperti pemain tersebut.

Menerusi satu hantaran oleh laman Johor Southtern Tigers, JDT telah melakukan beberapa penambahbaikan pada fasiliti yang digunakan oleh JDT IV.

Antara penambahbaikan yang dilakukan termasuklah penyediaan mural yang memaparkan wajah Arif Aiman yang menjadi inspirasi kepada pemain muda JDT yang lain.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menambah baik fasiliti di Stadium Majlis Perbadanan Kulai untuk menjadi gelanggang yang lebih selesa bagi pasukan Johor Darul Ta’zim IV (JDT IV) sebagai gelanggang rasmi perlawanan Piala Belia 2024.

“Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah grandstand yang lebih segar dengan cat baharu, lampu limpah, permukaan padang yang baik serta mural ‘Home of JDT IV’ yang disertakan gambar Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2023, Arif Aiman Hanapi,” kata laman Facebook tersebut.

Scroll to Top