mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris akan didakwa di mahkamah esok atas kenyataan menimbulkan kebencian kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
Bekas Exco Pemuda Umno itu akan didakwa di Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 pada 9 pagi.
Sebelum ini dia dilapor ditahan atas kenyataannya yang mengaibkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Menerusi video berdurasi dua minit 46 saat, dia didakwa mengeluarkan kenyataan berhubung isu KK Mart dan mempersoalkan tindakan Sultan Ibrahim berjumpa dengan pemilik KK Mart.
Selain itu, dalam video terbabit terdapat tuduhan dibuat menyatakan Sultan Ibrahim yang mengarahkan Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, 45, dituduh di mahkamah di bawah Akta Hasutan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




