PKPD Penjara Tapah dilanjutkan

PKPD Penjara Tapah dilanjutkan

saadiah_ismail@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Penjara Tapah, Batang Padang, Perak dilanjutkan sehingga 12 April ini.

PKPD di kuarters kakitangan penjara itu pula tamat esok, mengikut jadual.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ini berikutan Kementerian Kesihatan (KKM) masih berlaku jangkitan yang membabitkan tahanan dengan 27 kes positif dilaporkan, pada 25 Mac lalu.

Katanya, peningkatan kes ini tidak membabitkan anggota serta ahli keluarga yang tinggal di kuarters kakitangan penjara berkenaan.

“Selepas melakukan penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal (Perintah Kawalan Pergerakan) PKP dan atas nasihat KKM, hanya Penjara Tapah saja dilanjutkan PKPD,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top