2 penjenayah mati ditembak

2 penjenayah mati ditembak

am@hmetro.com.my

Butterworth: Polis menembak mati dua penjenayah di Jalan Permatang Baru, Sungai Lokan di sini, kira-kira 2 pagi tadi.

Terdahulu, suspek lelaki berusia 41 dan 54 tahun yang menaiki Perodua Myvi ditemukan dalam keadaan mencurigakan di persimpangan Jalan Pokok Sena menghala Jalan Permatang Baru.

Berikutan itu, polis meminta pemandu kereta terbabit memberhentikan kenderaan, namun suspek enggan dan memecut laju kereta sebelum bertindak melepaskan beberapa das tembakan.

Polis kemudian terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri sebelum kedua-dua suspek didapati berlumuran darah dan meninggal dunia di lokasi.

Difahamkan, kedua-dua suspek berkenaan mempunyai sekurang-kurangnya 12 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Polis turut menemukan dua pistol serta peluru di dalam kereta yang dinaiki suspek.

Sementara itu, Polis Pulau Pinang akan mengadakan satu sidang media berhubung insiden berkenaan dalam tempoh terdekat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top