Selangor Red Giants juara MLBB, bawa pulang RM4.1 juta

Selangor Red Giants juara MLBB, bawa pulang RM4.1 juta

PETALING JAYA: Pasukan Selangor Red Giants (SRG) mencipta sejarah apabila muncul juara kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024.

Sejarah itu dipahat selepas mereka berjaya menewaskan wakil Filipina, Team Falcons AP Bren Sport 4-3 di Riyadh, Arab Saudi sebentar tadi.

Kemenangan itu juga membolehkan anak buah Michael Bocado membawa pulang wang kemenangan berjumlah AS$1 juta (RM4.67 juta).-UTUSAN

Scroll to Top