London: Pemenang pingat perak badminton Tokyo, Tai Tzu Ying dari Taiwan, membuatkan pesaingnya dari Thailand, Ratchanok Intanton mengalir air mata selepas perlawanan mereka di Olimpik Paris 2024.
Kedua-dua pemain itu sudah bertemu hampir 40 kali dalam kerjaya masing-masing namun bagi Ratchanok untuk mengalahkan rakan karibnya 21-19 21-15 di Arena Porte de La Chapelle adalah cukup perit ketika Tzu Ying akan bersara hujung tahun ini.
Suasana hiba sebaik perlawanan membabitkan kedua-dua pemain itu berakhir dengan Tzu Ying menerima tepukan gemuruh daripada penonton hingga menyebabkan dia menangis hiba atas sokongan semua pihak.
Tzu Ying adalah adalah pembawa bendera negaranya dalam upacara pembukaan Sukan di Paris, satu tanda kejayaannya dan popularitinya.
Dia juga adalah seorang yang berpendidikan apabila mempunyai PhD dari Institut Latihan Sukan di Universiti Taipei, membuat debut profesionalnya pada tahun 2009 di Grand Prix di Vietnam pada usia sekitar 15 tahun.
“Saya tahu terdapat ramai orang yang menyokong saya, tetapi saya keadaan tidak begitu baik sekarang ini.
“Sebelum saya datang ke sini, saya tahu saya akan sukar bermain kerana kecederaan saya,” ” kata Tzu Ying.
© New Straits Times Press (M) Bhd




