Paris: Shinnosuke Oka dari Jepun meraih kemenangan mengejut dalam acara all-around lelaki Olimpik menewaskan rakan senegara dan juara bertahan Daiki Hashimoto dalam final yang mendebarkan.
Oka, yang berusia 20 tahun, memenangi emas mengatasi Zhang Bo Heng dari China di tempat kedua, manakala Xiao Ruo Teng meraih gangsa dengan Hashimoto berada di tempat keenam.
Dalam pertarungan sengit untuk gelaran gimnastik terbaik kurang daripada satu mata memisahkan tiga teratas menjelang pusingan terakhir daripada enam palang mendatar.
Dengan penonton di Arena Bercy melihat persaingan cukup mendebarkan, Bo Heng, yang dijangka memenangi gangsa, menghasilkan persembahan yang hebat. Semua mata tertumpu pada skrin besar untuk melihat sama ada Bo Heng berjaya meraih emas.
Apabila keputusan akhir dipaparkan, wajah Oka bersinar apabila dia mengira bahawa berjaya mengekalkan kedudukan dengan kelebihan hanya 0.233 mata, dengan jumlah keseluruhan 86.832 mata. Xiao, pemenang perak di Tokyo, ketinggalan 0.235 mata lagi.
Kemenangan Oka memberikan Jepun gelaran all-around lelaki Olimpik yang keempat berturut-turut selepas Hashimoto dan ikon Jepun Kohei Uchimura, pemenang di London 2012 dan empat tahun kemudian di Rio.
Ini adalah emas kedua Oka dalam tempoh 48 jam selepas dia membantu Jepun meraih gelaran pasukan di Paris pada Isnin lalu.
© New Straits Times Press (M) Bhd




