Olimpik: Duplantis pecah rekod dunia lompat bergalah

Olimpik: Duplantis pecah rekod dunia lompat bergalah
Olimpik: Duplantis pecah rekod dunia lompat bergalah

Armand Duplantis Foto Xinhua

ARMAND Duplantis dari Sweden memecahkan rekod dunianya sendiri untuk mempertahankan gelaran lompat bergalah di Sukan Olimpik Paris pada Isnin.

Duplantis, 24, melepasi ketinggian 6.25 meter (m) pada percubaan ketiga dan terakhirnya, mengatasi rekod terdahulu 6.24m yang dicatatkan pada April lepas, lapor Xinhua.

Duplantis dari Sweden memecahkan rekod dunianya sendiri untuk mempertahankan gelaran lompat bergalah di Sukan Olimpik Paris pada Isnin. Foto Xinhua

Duplantis dari Sweden memecahkan rekod dunianya sendiri untuk mempertahankan gelaran lompat bergalah di Sukan Olimpik Paris pada Isnin. Foto Xinhua

Atlet Amerika Syarikat (AS), Sam Kendricks meraih pingat perak manakala Emmanouil Karalis dari Greece memenangi gangsa.

Duplantis juara dunia dua kali yang telah memecahkan rekod dunia sebanyak sembilan kali adalah lelaki pertama sejak Bob Richards dari AS melakukannya pada 1952-1956 untuk gelaran lompat tinggi Olimpik berturut-turut.

Beliau berkata sokongan penonton telah memberi dorongan kepadanya ketika dia cuba memecahkan rekod dunianya ketika pingat emas sudah pun dalam genggaman. – Bernama-Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Scroll to Top