Tular di media sosial mengenai seorang individu yang membuat hantaran bertujuan mengaibkan anggota polis trafik. Apa kes?
Menerusi X, individu itu seakan tidak berpuas hati dengan polis trafik yang nak saman dia kerana didakwa tidak memakai tali pinggang keledar padahal dia kata pakai jer. Pulak dah!

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, pihak polis telah menerima laporan mengenai hantaran itu dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar.
Individu itu memuat naik gambar pegawai polis yang sedang menjalankan tugas sekatan jalan raya di Damansara Damai pada Selasa lepas dan mengaibkan imej pegawai polis yang sedang menjalankan tugas itu.
Perkara itu telah membuatkan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Bukan tu jer, pihak polis juga sedang mengesan pemilik akaun itu untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.




