Shah Firdaus tebus kekecewaan Azizulhasni, mara ke suku akhir

Shah Firdaus tebus kekecewaan Azizulhasni, mara ke suku akhir

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menjadi harapan tunggal apabila layak ke suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Paris.

Shah Firdaus yang bersaing dalam pusingan ‘repechages’ ketiga menyaksikan dia terlebih dulu mencecah garisan penamat untuk meninggalkan empat pelumba lain.

Dengan kejayaan Shah Firdaus itu, dia satu-satunya harapan negara untuk cuba memenangi pingat selepas Datuk Azizulhasni Awang dibatalkan penyertaannya.

Azizulhasni yang memenangi pingat perak di Olimpik Tokyo dan pingat gangsa di Olimpik Rio 2016 tersingkir selepas dia memotong pacer dalam heat pertama pusingan awal acara keirin itu sekali gus cubaan untuk meraih emas terkubur.

Suku akhir dijadual berlangsung petang esok jam 5.30 petang waktu Malaysia.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top