Pagi tadi ceria, keluar mahkamah Hafidz jadi sugul

Pagi tadi ceria, keluar mahkamah Hafidz jadi sugul

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Kubu Bharu: Daripada seorang yang ceria pada sebelah paginya, pelakon, Hafidz Roshdi, 30, berubah menjadi individu dengan personaliti berbeza selepas mahkamah memaklumkan tuduhan dia mencederakan bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri, diteruskan.

Hafidz yang hadir berbaju kemeja ungu pada awalnya nampak mesra ketika disapa media dan memaklumkan ingin bersarapan dulu.

“Nak pergi makan. Lapar,” katanya sambil tersenyum mesra.

Namun, sebaik keluar dari mahkamah, Hafidz kelihatan sugul dengan matanya meliar apabila disapa media.

“No comment (tiada komen),” jawabnya untuk semua soalan.

Hafidz hadir tanpa ditemani isterinya, Athirah Yuhada seperti mana dua prosiding sebelum ini.

Hafidz kemudiannya menuju keluar dari perkarangan Mahkamah Majistret, di sini. Nurul Shuhada bagaimanapun tidak hadir untuk prosiding hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top