Fara Salleh ‘Sound’ Iqram Dinzly Selepas Pertahankan Shuk Sahar | Oh! Media

Fara Salleh ‘Sound’ Iqram Dinzly Selepas Pertahankan Shuk Sahar | Oh! Media

Sebelum ini kami melaporkan yang pelakon dan usahawan, Iqram Dinzly tampil mempertahankan Shuk Sahar yang kini diuji dengan masalah rumah tangga.

Pelakon itu juga memohon orang ramai supaya tidak bulat-bulat percaya sebelah pihak sahaja dan pesan supaya hati-hati dengan wanita akhir zaman.

BACA“Hati-Hati Dengan Wanita Akhir Zaman” – Iqram Dinzly Tampil Pertahankan Shuk Sahar

Terbaru! Menerusi Instagram, Fara Salleh meminta Iqram supaya jangan sibuk mengenai urusan rumah tangganya selepas memuat naik kenyataan panjang lebar mempertahankan Shuk.

Fara Salleh

Bukan aku kahwin dengan kau ya, Encik Iqram. Jangan sibuk hal aku.

Sebelum ini, Iqram mendedahkan yang sepanjang perkenalan berkongsi booth jualan dengan Shuk, dia menyaksikan sendiri bagaimana pelawak itu berhempas pulas mencari rezeki.

Bukan tu jer, Shuk juga langsung tidak berkira kudrat dan masa serta rajin membantu sahabat-sahabat yang lain. 

Walaupun pernah tersilap langkah sebelum ini, Shuk dilihat berusaha gigih untuk bangkit kembali.


Scroll to Top