Slot rai kemenangan pertama bersama Liverpool

Slot rai kemenangan pertama bersama Liverpool

Ipswich: Dua gol pada separuh masa kedua oleh Diogo Jota dan Mohamed Salah membolehkan jurulatih baru Liverpool, Arne Slot, memulakan kempen dengan kemenangan 2-0 di Ipswich Town yang baru dinaikkan pangkat bersaing di Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

Ipswich, yang disokong oleh pemegang saham minoriti baru dan penyanyi serta penulis lagu, Ed Sheeran dari tempat duduk di Portman Road, bersaing sengit dengan Liverpool pada separuh masa pertama tetapi gagal memanfaatkan peluang yang ada.

Pasukan baru Slot menunjukkan peningkatan ketara selepas rehat, mendahului pada minit ke-60 menerusi Jota, sebelum satu gerakan cantik disudahkan oleh penyerang Mesir, Salah, lima minit kemudian untuk meraih kemenangan mutlak ke atas Ipswich.

Liverpool mempunyai beberapa peluang untuk menjadikan keputusan lebih meyakinkan, tetapi dua gol sudah cukup untuk membawa Liverpool dan Slot melepasi perlawanan pertama yang mencabar dalam kempen musim ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top