Perak ungguli silambam

Perak ungguli silambam

sukan@hmetro.com.my

Kuching: Lagu kebesaran negeri Perak ‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ berkumandang tiga kali di Hikmah Exchange Event Centre, venue bagi acara silambam Sukan Malaysia (Sukma), hari ini.

Perak meraih tiga pingat emas dan satu pingat perak yang ditawarkan pada hari pertama acara itu.

Pingat emas diraih menerusi Laashmita Balakumara dalam acara silambam thanithiramai wanita, Aswin Sri Ganapathy dalam acara silambam kuthu varisai lelaki dan satu lagi menerusi Vidyasri Arutselan dalam acara kuthu varisai wanita.

Shavanish Hema Nagarajan pula menyumbang pingat perak buat Perak menerusi acara thanithiramai lelaki.

Selangor pula memecahkan monopoli Perak dalam acara thanithiramai lelaki apabila meraih pingat emas menerusi Sarveshaa Murali.

Dua pingat gangsa Selangor pula disumbangkan Kahlisswaran Saravenan dan Harini Mathevan masing-masing menerusi acara kuthu varisai lelaki dan wanita.

Terengganu pula meraih satu pingat perak dan satu gangsa menerusi Iswari Murugiah dalam acara kuthu varisai wanita dan Keertika Shankar dalam acara thanithiramai.

Kontinjen Wilayah Persekutuan turut meraih satu pingat perak dan satu ganga menerusi Yoganath Thangarajah dalam acara kuthu varisai lelaki dan Nivess Sokalingam dalam acara thanithiramai lelaki.

Negeri Sembilan turut merampas satu kedudukan podium apabila meraih pingat perak menerusi Kavinarasi Letchumanan dalam acara thanithiramai wanita.

Silambam kembali dipertandingkan pada temasya Sukma selepas kali terakhir diadakan pada edisi 2013.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top