“Jangan Kita Terlalu Seronok, Tepuk Tangan Lihat Orang Cerai Berai” – Nora Ariffin | Oh! Media

“Jangan Kita Terlalu Seronok, Tepuk Tangan Lihat Orang Cerai Berai” – Nora Ariffin | Oh! Media

Penyanyi yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema, Nora Ariffin menegur tindakan segelintir orang yang bertepuk tangan dengan berita penceraian pasangan berkahwin.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, penyanyi itu berpesan supaya jangan terlalu seronok melihat keruntuhan rumahtangga orang lain kerana orang luar tidak tahu hal sebenarnya.

nora ariffin

Orang luar juga tidak tahu perancangan yang sudah ditulis Allah SWT dan nasib yang akan menimpa diri sendiri di kemudian hari.

Terdahulu, tular di media sosial suami kepada Nora iaitu Dr Rushdi Ramli menceraikannya dengan talak satu menerusi sebuah rakaman video berdurasi 52 saat.

nora ariffin

Namun, Nora memberitahu penceraian bukan di atas kehendak suaminya tetapi mengikut arahan seseorang.

Terbaru, pengarah Syamsul Yusof pula dikhabarkan telah menfailkan penceraian dengan isterinya, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.

Hal itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen memandangkan perkahwinan pasangan ini berlaku dengan penuh kontroversi iaitu di Thailand.


Scroll to Top