Beirut: Berikut adalah syarikat penerbangan yang menangguhkan perjalanan ke Timur Tengah atau mengelak ruang udara di zon terjejas berikutan situasi ketegangan semakin meningkat di rantau itu:
1. Air Algerie
– Syarikat penerbangan Algeria itu menangguhkan sementara penerbangan ke dan dari Lubnan sehingga diberitahu kelak.
2. AirBaltic
– AirBaltic Latvia membatalkan penerbangan ke dan dari Tel Aviv sehingga 25 Ogos.
3. Air France-KLM
– KLM membatalkan semua penerbangan ke dan dari Tel Aviv sehingga 26 Oktober. Air France menyambung semula perkhidmatan antara Paris dan Beirut pada 15 Ogos lalu selepas penggantungan selama dua minggu.
4. Transavia
– Unit tambang rendah kumpulan Franco-Belanda, Transavia membatalkan penerbangan ke dan dari Tel Aviv hingga 31 Mac 2025, dan penerbangan ke Amman dan Beirut hingga 3 November depan.
5. Air India
– Syarikat penerbangan India itu menggantung penerbangan berjadual ke dan dari Tel Aviv sehingga diberitahu kelak.
6. Cathay Pacific
– Cathay Pacific yang berpangkalan di Hong Kong membatalkan semua penerbangan ke Tel Aviv sehingga 27 Mac 2025.
7. Delta Airlines
– Syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) secara sementara menghentikan penerbangan antara New York dan Tel Aviv hingga 31 Oktober depan.
8. EasyJet
– Syarikat penerbangan tambang murah United Kingdom (UK) itu menghentikan penerbangan ke dan dari Tel Aviv pada April dan akan menyambung semula penerbangan pada 30 Mac 2025, kata seorang jurucakap.
9. FinnAir
– Syarikat penerbangan Finland itu tidak menggunakan ruang udara Iran yang mungkin memanjangkan masa penerbangan ke dan dari Doha.
10. Iberia Express
– Syarikat penerbangan tambang rendah milik IAG Iberia Express melanjutkan penggantungan penerbangan ke Tel Aviv sehingga 25 Ogos.
11. ITA Airways
– ITA Airways Itali melanjutkan penggantungan penerbangan ke dan dari Tel Aviv sehingga 26 Ogos.
12. LOT
– Syarikat penerbangan Poland menggantung penerbangan ke Tel Aviv dan Beirut sehingga 26 Ogos ini, katanya dalam komen yang dihantar melalui e-mel kepada Reuters.
13. Lufthansa Group
– Kumpulan syarikat penerbangan Jerman termasuk syarikat penerbangan Swiss International Air Lines, Austrian Airlines, Brussels Airlines, Condor dan Eurowings, melanjutkan penggantungan penerbangan ke dan dari Tel Aviv, Tehran, Beirut, Amman dan Erbil hingga 26 Ogos ini.
14. RyanAir
– Syarikat penerbangan tambang murah terbesar Eropah membatalkan penerbangan ke dan dari Tel Aviv sehingga 30 September depan dengan menyebut “sekatan operasi”.
15. Singapore Airlines
– Syarikat penerbangan Singapura menghentikan penerbangan di atas ruang udara Iran dan menggunakan laluan alternatif.
16. SunExpress
– SunExpress, usaha sama antara Turkish Airlines dan Lufthansa, berkata dalam ulasan melalui emel kepada Reuters bahawa ia menggantung penerbangan ke Beirut hingga 17 Disember.
17. Tarom
– Syarikat penerbangan Romania pada 20 Ogos melanjutkan penggantungan penerbangan ke Beirut sehingga 2 September dan penerbangan ke Tel Aviv serta Amman sehingga 23 Ogos.
18. United Airlines
– Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Chicago, AS, menggantung penerbangan ke Tel Aviv. Ia menggantung perkhidmatan harian antara Newark, New Jersey dan Tel Aviv pada 31 Julai lalu atas alasan keselamatan.
19. Vueling
– Syarikat penerbangan tambang rendah Sepanyol Vueling, yang dimiliki oleh IAG, membatalkan semua penerbangan ke Tel Aviv dan Amman sehingga 26 Okt.
Amaran Penggunaan Ruang Udara Lubnan
UK menasihatkan syarikat penerbangan dari negara supaya tidak memasuki ruang udara Lubnan dari 8 Ogos hingga 4 November dengan menyebut “potensi risiko kepada penerbangan daripada aktiviti ketenteraan”.
© New Straits Times Press (M) Bhd



