KUALA LUMPUR – Tan Sri Mohamad Norza Zakaria secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), selepas berkhidmat selama tujuh tahun di badan induk sukan badminton berkenaan.
Beliau berkata, keputusan itu diterima ahli majlis BAM pada Mesyuarat Majlis badan induk itu yang diadakan hari ini, yang sekali gus memutuskan Timbalan Presiden I BAM Datuk V. Subramaniam akan berkhidmat sebagai pemangku presiden berkuat kuasa hari ini.
“Saya sebagai presiden BAM ini merupakan mesyuarat terakhir saya, dan juga telah merasmikan bahawa Datuk V. Subramaniam sebagai pemangku presiden,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat ahli majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia (ABM). – Bernama




