Aslam sahkan anak sulung bersama Marissa meninggal

Aslam sahkan anak sulung bersama Marissa meninggal

Kualq Lumpur: Suami kepada pempengaruh Marissa Dania iaitu Aslam mengesahkan berita pemergian anak sulungnya yang menghadap Ilahi ketika dilahirkan.

Aslam menerusi satu perkongsian di Instagram berkata, dia sudah memaklumkan perkara itu kepada bapa Marissa yang juga pelakon popular Norman Hakim.

“Apa dikeluarkan pada hari ini mengenai berita kematian atau musibah yang melanda keluarga saya, ianya adalah betul. 

“Saya mohon semua mendoakan yang baik-baik buat kami dan tidak membuat sebarang spekulasi mahu pun mengeluarkan hukum dengan sewenangnya .

“Untuk makluman semua, pada hari kejadian saya sudah pun memaklumkan kepada bapa mertua saya atas apa yang berlaku, dan kami menyelesaikan dengan sebaiknya,” tulisnya.

Menurut Aslam, isteri pertamanya dikenali Umisya sudah dimaklumkan lebih awal mengenai kehamilan Marissa.

“Buat pengetahuan semua, Umisya juga sudah tahu mengenai berita kehamilan Marissa daripada awal.

“Terima kasih pada ibu bapa, bapa mertua, Umisya dan qariah surau yang terbabit dalam urusan mandi, solat dan pengebumian anak syurga saya pada hari itu,” katanya.

Tambah Aslam, dia reda dengan kehilangan anak pertamanya itu. 

“Segala yang buruk tetaplah hadir dari diri saya sendiri, yang baik dari Allah SWT., Allah adalah sebaik baik perancang.

“Saya terima semua ujian dan hikmah buat saya,”‘katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan bayi sulung pasangan itu meninggal dunia ketika dilahirkan akibat pra matang. 

Menurut sumber Harian Metro, Marissa sedang hamil enam bulan dan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.

 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top