Lubang benam: Pencarian di 6 lurang kumbahan tiada petunjuk, operasi disambung pagi esok

Lubang benam: Pencarian di 6 lurang kumbahan tiada petunjuk, operasi disambung pagi esok

rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Operasi pencarian mangsa tanah benam di Masjid India di sini, pada hari kedua ditangguhkan malam ini, selepas kesemua enam lurang kumbahan diperiksa namun gagal menemui mangsa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pasukan penyelamat selesai membuat pencarian di dua lurang kumbahan terakhir dan loji kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Pantai Dalam pada 7 malam.

“Hasil pencarian termasuk di loji terakhir yang terletak kira-kira enam hingga tujuh kilometer (KM) tidak menemui sebarang petunjuk keberadaan mangsa.

“Namun, operasi pencarian akan disambung semula di lokasi asal di Masjid India pada 8 pagi esok,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian di Masjid India di sini, malam ini.

Beliau berkata, perbincangan bersama pasukan keselamatan yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta IWK membuat keputusan untuk memulakan semula pencarian di lokasi asal.

“Kawasan pencarian masih tertumpu di enam lurang kumbahan berkenaan dan akan melaksanakan segala tindakan yang difikirkan kemungkinan mangsa ada di situ.

“Setakat ini, kita tidak akan meluaskan kawasan pencarian ke lokasi lain kerana tempat mangsa terjatuh itu hanya membabitkan laluan di enam lurang kumbahan berkenaan saja,” katanya.

Sulizmie Affendy berkata, operasi pencarian juga akan diteruskan sehingga mangsa ditemui.

Terdahulu, media melaporkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga asing yang terjatuh ke dalam lubang benam diteruskan selepas lebih 24 jam hilang dipercayai dihanyutkan arus deras paip kumbahan bawah tanah.

Sulizmie Affendy dilaporkan berkata, operasi diperluaskan lagi membabitkan enam lurang pembetung di sekitar ibu negara.

Enam lokasi terbabit di hadapan Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Lebuh Pasar, dan Bulatan Kinabalu.

Anggota skuba berdepan risiko, ruang sempit

6 lurang kubahan dibuka

SAR wanita terjatuh lubang benam di Masjid India diperluaskan

DBKL tubuh pasukan khas untuk tangani tanah jerlus di KL

Sudah lebih 24 jam, wanita masih hilang

Fizikal tubuh manusia boleh hanyut dalam saluran pembentungan – IWK

‘Tolong selamatkan ibu saya’ – Anak mangsa lubang benam

Hanya jumpa selipar

Kawasan Masjid India selamat – Datuk Bandar KL

Tiada aktiviti korek tanah di sekitar kawasan lubang benam

Lubang benam di Jalan Masjid India: Peniaga bimbang keselamatan terancam

Mendapan pernah berlaku di lokasi sama tahun lalu – Polis

Lubang benam: Mangsa dihanyutkan arus deras bawah tanah

Isteri sempat jerit minta tolong sebelum senyap

Pelancong wanita warga India jatuh dalam lubang benam

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top