Nama pengacara dan selebriti popular, Noor Neelofa, sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik satu foto di Instagram yang dikatakan menampakkan baby bump.
Dalam gambar yang dimuat naik oleh Neelofa atau lebih mesra dipanggil Lofa, beberapa netizen mula berspekulasi bahawa beliau kini hamil anak ketiga, walaupun mengenakan jubah yang longgar.
Di ruangan komen, ramai yang turut mengucapkan tahniah kepada Lofa dan suami walaupun bekas pengacara Meletop itu belum mengesahkan apa-apa mengenai kehamilan ketiga ini.

Sebagai info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Ismail pada tahun 2021. Pasangan ini dikurniakan dua anak lelaki, Bilal dan Abbas.





