Sze Fei-Izuddin kandas awal di Korea

Sze Fei-Izuddin kandas awal di Korea

ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Hasrat beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk mendapatkan keputusan cemerlang pada penampilan terakhir sebagai pemain naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak kesampaian selepas tumpas di pusingan pertama Terbuka Korea ketika berdepan pasangan senegara, Choong Hon Jian-Haikal Nazri sebentar tadi.

Mereka yang diletakkan sebagai pilihan keempat berjaya memulakan aksi dengan cemerlang selepas memenangi set pertama namun terpaksa akur dengan kebangkitan Hon Jian-Haikal apabila tumpas 21-13, 16-21, 16-21 di Stadium Tertutup Mokpo.

Juara Terbuka Jepun minggu lalu adalah hadiah perpisahan terakhir Sze Fei-Izzuddin kepada BAM kerana bakal bergerak secara professional bermula bulan depan.

Menanti Hon Jian-Haikal di pusingan kedua esok ialah gandingan Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Heo Kwang Hee, di mana mereka bakal bertemu buat kali pertama.

Turut mara ke pusingan kedua dalam beregu lelaki ialah dua gandingan profesional, Boon Xin Yuan-Goh V Shem dan Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top