Tanah jerlus: Pasukan SAR buat kerja 'shoring' secara manual

Tanah jerlus: Pasukan SAR buat kerja 'shoring' secara manual

nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan wanita yang hilang dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Majid India, di sini, sejak Jumaat lalu, menjalankan kerja membuat sistem sokongan sementara atau ‘shoring’ secara manual.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan kerja-kerja itu dilakukan menerusi Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Hari ini masuk hari ketujuh (sejak insiden itu berlaku) dan pasukan SAR masih meneruskan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa tanah jerlus berdekatan Masjid India.

“Pasukan SAR sudah menjalankan kerja-kerja membuat sistem sokongan sementara atau ‘shoring’ secara manual menerusi pasukan STORM JBPM.

“Pihak Indah Water Konsortium (IWK) sedang melaksanakan kerja-kerja mengepam air keluar dari lurang kumbahan bagi mengurangkan tekanan air serta risiko.

“Ia bagi membolehkan pasukan penyelam menjalankan pemeriksaan secara fizikal di dalam lurang kumbahan,” katanya.

Kejadian tanah jerlus pada Jumaat lalu menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India.

Beliau dilaporkan hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di lokasi itu dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari ketujuh, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top