Sebelum ini kami melaporkan yang pendakwah selebriti, Da’i Syed telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan selepas didapati bersalah merogol seorang wanita di sebuah kondominium pada lima tahun lepas.
BACA: Da’i Syed Dipenjara 10 Tahun Dan Tiga Sebatan, Didapati Bersalah Rogol Wanita 5 Tahun Lepas
Terbaru! Menerusi Instagram, isteri kepada Da’i Syed iaitu Hana Ismail meluahkan rasa sedih akan keputusan itu.
Walau bagaimanapun, Hana yang kini sedang berpantang anak sulung mereka berkata yang dia reda dengan segala ketentuan.

Bukan tu jer, Hana juga memohon doa orang ramai untuk dirinya terus kuat untuk berdepan dengan takdir.
Alhamdulillah untuk segala nikmat yang sudah diberikan buat keluarga kecil kami.
Mata ini menangis & hati ini bersedih namun kami hanya akan menuturkan apa yang diredai Tuhan kami.



