Ramai sedia maklum operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah mendap di Masjid India telah ditamatkan.
Keputusan itu dilakukan selepas mengambil kira isu keselamatan membabitkan pasukan SAR, orang ramai dan kawasan sekitar.

Ahli keluarga mangsa juga telah menerima keputusan tersebut dan akan kembali ke tanah air mereka di India jam 5 petang ini.
Terbaru suami, anak lelaki dan adik perempuan mangsa pergi lokasi kejadian buat kali terakhir hari ini untuk melakukan upacara keagamaan.
Semoga ahli keluarga mangsa tabah dengan ujian ini. Terima kasih diucapkan kepada semua hero negara dari pasukan SAR selepas bertungkus-lumus menjalankan operasi mencari dan menyelamat selama 9 hari.





