najiy.jefri@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Penyanyi Amir Masdi enggan memikirkan soal cinta atau mencari pasangan hidup buat masa ini.
Amir berkata, tumpuan utamanya kini adalah untuk mengembangkan kerjaya seni nyanyian dan menyiapkan album.
“Saya belum bersedia untuk mempunyai kekasih. Saya nak fokus siapkan album terlebih dahulu.
“Sekarang ini saya sibuk dengan proses pembikinan lagu baharu selain menghadiri jemputan persembahan,” katanya.
Menurut Amir, dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk memiliki teman wanita, sebaliknya lebih selesa berkawan.
“Saya rasa sekarang bukan Waktu yang sesuai untuk bercinta. Saya ada kerja yang perlu disiapkan.
“Saya selesa berkawan dengan sesiapa saja. Setakat ini, kalau ada yang cuba nak mendekati, saya tidak tahu niat mereka. Tapi kebanyakannya mahu berkawan saja,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd


