Dua maut nahas empat kenderaan

Dua maut nahas empat kenderaan

am@hmetro.com.my

Kota Tinggi: Dua maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 61.5 Jalan Johor Bahru-Mersing, di sini, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Deputi Superintendan Mohd Syamsuri Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 11.40 pagi.

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Mitsubishi Xpender dengan kereta Perodua Viva, lori Isuzu dan motosikal Yamaha 135LC.

“Penumpang MPV Mitsubishi Xpender, wanita tempatan berusia 51 tahun dan penunggang Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit forensik Hospital Kota Tinggi bagi prosedur siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, pemandu MPV Mitsubishi Xpender, Perodua Viva dan lori yang cedera ringan mendapatkan rawatan di hospital sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top