am@hmetro.com.my
Balik Pulau: Lelaki disyaki warga Bangladesh yang memakai kemeja-T tertera tulisan ‘IPD Barat Daya’ dan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tular di media sosial tidak ada kena mengena dengan penugasan rasmi polis, kata Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal.
Beliau berkata, pihak mengambil maklum mengenai video tular dan mengesan ia dimuat naik pada 1.30 tengah hari ini oleh pemilik akaun TikTok @muhammad.firdaus025.
“Kemeja-T berkenaan dibuat sekitar 2016 dan tujuan penggunaan baju ini adalah bagi aktiviti sosial seperti senaman, gotong-royong dan sebagainya.
“Sebarang penggunaan kemeja-T berkenaan tidak ada kena mengena dengan penugasan rasmi PDRM di daerah Barat Daya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




