Suri rumah didakwa terima wang RM23,000 tanpa lesen

Suri rumah didakwa terima wang RM23,000 tanpa lesen

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menerima wang deposit tanpa lesen, tahun lalu.

Tertuduh, Nurmaisarah Azman, 36, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang deposit sebanyak RM23,000 tanpa lesen sah di bank di sini, antara 15 Julai hingga 14 Ogos 2023.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 137 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 137 (2) akta yang sama iaitu penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak lebih RM50 juta atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh diwakili peguam, Nabila Mohd Noordin.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di Balai Polis berdekatan.

Mahkamah juga menetapkan 3 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top