'Anak legenda? Celah mana?' – Rita Rudaini

'Anak legenda? Celah mana?' – Rita Rudaini

Kuala Lumpur: Pelakon, Rita Rudaini kesal dengan tindakan sebuah portal berita menggunakan tajuk ‘Anak Legenda JDT (Johor Darul Takzim)’ berhubung pencapaian anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024, baru-baru ini.

Rita mempersoalkan tindakan portal berkenaan yang didakwa sengaja mahu mencipta sensasi.

“Siapa legenda JDT itu? Apa kaitan dengan anak yang aku jaga? Fakta yang anda harus tahu, saya membesarkan anak saya seorang diri sejak 15 tahun lalu.

“Kalau setakat nak tulis dan kaitkan dengan orang lain, tak perlu. Mati nanti pun berbintikan nama mak. Ini fakta,” katanya.

Dalam pada itu, Rita turut memberitahu dia tidak berhasrat untuk membuat sebarang tuntutan baharu terhadap bekas suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak selepas anak-anaknya kini sudah bersekolah.

“Peguam saya pernah tanya sama ada saya mahu menuntut atau buat permohonan baru. Namun saya beritahunya, saya akan menuntut semuanya nanti di depan Allah,” katanya.

Terdahulu, portal berkenaan didakwa terus membuat tajuk sensasi apabila menggunakan tajuk ‘anak legenda JDT’ bagi artikel membabitkan anak sulung pelakon itu.

Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan pada 2008, namun berpisah pada September 2013.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top