Kisah Pilu Budak 6 Tahun Maut Di Tangan Ibu Tiri Gara-Gara Cemburu Suami Beri Perhatian Lebih | Oh! Media

Kisah Pilu Budak 6 Tahun Maut Di Tangan Ibu Tiri Gara-Gara Cemburu Suami Beri Perhatian Lebih | Oh! Media

Di Indonesia, kecoh diperkatakan mengenai kematian tragis kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun di tangan ibu tiri sendiri.

Memetik laporan Tribun News, suspek yang bernama Iftahurrahman berasa cemburu kerana suaminya memberi perhatian lebih kepada mangsa.

Penganiayaan terhadap mangsa dikenali sebagai Ahmad Nizam Al Fahri bermula pada 16 Ogos lalu apabila mangsa dimarahi tanpa sebab selepas pulang dari sekolah.

ibu tiri

Suspek kemudian meletakkan mangsa di luar rumah melalui pintu belakang semasa hujan lebat. Mangsa dibiarkan kesejukan selama satu malam.

Keesokan harinya, mangsa ditemui dalam keadaan lemas dan disuruh masuk untuk mandi tanpa rawatan sewajarnya.

Suspek yang masih marah menolak mangsa yang berada dalam keadaan lemah sehingga terjatuh. Pada ketika itu, mangsa dilaporkan sudah tidak sedarkan diri.

ibu tiri

Polis melaporkan hasil bedah siasat pada mangsa terdapat keretakan pada tulang tengkorak kepala.

Ada trauma objek tumpul pada bahagian kepada menyebabkan retaknya tulang tengkorak sebelah kiri.

Trauma tersebut menyebabkan terjadinya pendarahan dan pembengkakan pada otak. Akibatnya, terjadi peningkatan darah dalam rongga otak.

Panik melihat keadaan itu, suspek menyembunyikan mangsa dan berlakon kononnya mangsa telah diculik.

Selepas beberapa hari hilang, mayatnya ditemui dalam bungkusan guni berdekatan rumah oleh ayahnya sendiri selepas menyedari ada bau busuk.

suspek
Suspek

Semasa disoal siasat polis, suspek mengaku berasa cemburu kerana suaminya memberi lebih tumpuan kepada mangsa berbanding anaknya.

Saya merasa papa Nizam lebih sayang Nizam berbanding adiknya. Nizam dulu waktu masih kecil selalu dengan papanya, sementara adiknya tak pernah pun papanya dukung.

Difahamkan, ibu bapa kandung Nizam bercerai ketika usianya dua tahun. Selepas itu, mangsa dijaga oleh bapa kandung sebelum berkahwin dengan suspek setahun kemudian.

Bapa mangsa sendiri tidak menyangka ibu tiri sanggup membunuh anaknya kerana mereka sudah tiga tahun hidup bersama.


Scroll to Top