Patimah sebak lihat Syamsul harungi takdir hidup sendirian

Patimah sebak lihat Syamsul harungi takdir hidup sendirian

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Sejujurnya, mengalir air mataku melihat anakku mengharungi takdir hidupnya seorang.

“Namun, doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu agar dipermudahkan segala urusan,” demikian luahan Datin Patimah Ismail.

Ibu kepada pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof meluahkan perasaan sedih melihat takdir hidup anaknya menerusi hantaran di Instagram Story sejurus selepas media melaporkan berita perceraian anaknya dengan bekas menantu, Ira Kazar.

Syamsul sah bercerai talak satu dengan bekas isterinya selepas Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor hari ini memutuskan lafaz cerai taklik yang dibuat di luar mahkamah adalah sah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top