Oliveira sertai Pramac Yamaha

Oliveira sertai Pramac Yamaha

Lisbon: Pelumba Portugal, Miguel Oliveira, akan berlumba untuk pasukan Pramac Yamaha MotoGP untuk musim 2025-26 dengan sokongan penuh daripada Yamaha, kata pengeluar Jepun itu pada hari Khamis.

Pelumba berusia 29 tahun yang berpindah dari pasukan Trackhouse Amerika ini mempunyai lima kemenangan MotoGP bersama KTM dan tujuh podium.

“Miguel adalah pelumba yang memiliki pengetahuan teknikal, pengalaman, kelajuan, dan ketepatan yang diperlukan untuk meningkatkan prestasi Yamaha YZR-M1,” kata Lin Jarvis dari Yamaha.

“Kami benar-benar teruja untuk bekerja dengannya sebagai ahli penting dalam projek Yamaha MotoGP, dan dia boleh bergantung kepada sokongan penuh kami.”

Pramac kini mendahului kejuaraan dengan pelumba Sepanyol, Jorge Martin, tetapi akan mengakhiri kerjasama selama 20 tahun dengan Ducati untuk menjadi pasukan satelit pertama Yamaha sejak 2022.

Martin akan berpindah ke Aprilia pada tahun depan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top