Alhamdulillah! selepas lebih 10 tahun menanti, Malaysia akhirnya kembali muncul juara Piala Pestabola Merdeka.
Skuad kebangsaan kendalian Pau Marti Vicente berjaya menewaskan Lubnan 1-0 hasil jaringan tunggal Romel Morales pada separuh masa pertama.

Permainan dan taktikal Harimau Malaya dipuji ramai seolah-olah bermain seperti pasukan Sepanyol.
Semoga kejuaraan ini menyuntik semangat para pemain sebelum perlawanan kelayakan Piala Asia bermula nanti.




