Di zaman moden ini, ramai anak muda memilih untuk bercinta lama sebelum berkahwin. Namun, masih ada yang lebih suka berkenalan secara taaruf, iaitu proses perkenalan melalui keluarga sebagai orang tengah tanpa mengambil masa yang lama.
Seorang gadis berpurdah baru-baru ini berkongsi kisah indahnya melalui proses taaruf. Dalam tempoh hanya 2 bulan, keluarga kedua-dua belah pihak berbincang dan akhirnya menetapkan tarikh pernikahan mereka.
Pada 8 September lalu, pasangan ini melangsungkan khitbah (pertunangan) dan saat itulah kali pertama lelaki tersebut dapat melihat wajah sebenar bakal isterinya.
Tak pernah sangka hadiah yang aku tunggu selama ini ternyata Allah beri cepat.- Kongsi gadis itu penuh syukur.
Dalam detik bersejarah itu, gadis tersebut tampil minimalis di sebuah bilik hotel. Ketika pintu dibuka, bakal suaminya kelihatan terkejut dan malu untuk bertentang mata.

Namun, sebaik gadis itu menanggalkan purdahnya, lelaki tersebut terkesima sehingga menutup mulut dengan telefon bimbit.
Buat keputusan untuk nikah dengan dia cuma ambil masa 1 hari sahaja.- Tambahnya lagi.

Momen tersebut disaksikan oleh ahli keluarga dan jurusolek yang turut berada di ruangan sama. Video detik indah itu menjadi viral di TikTok, meraih lebih 1 juta tontonan dan komen positif daripada netizen.





