Tersebar Cerita Sebenar Warga Emas Tinggal Rangka Dalam Rumah, Didakwa Pernah Kahwini Wanita Indonesia | Oh! Media

Tersebar Cerita Sebenar Warga Emas Tinggal Rangka Dalam Rumah, Didakwa Pernah Kahwini Wanita Indonesia | Oh! Media

Tular di aplikasi X dakwaan dibuat seorang individu mengenai warga emas yang ditemui meninggal dunia seorang diri dalam rumah.

Paling menyedihkan apabila mangsa sudah tinggal rangka dan dipercayai sudah empat tahun tidak berhubung dengan anak.

Dakwa pengguna X, warga emas itu sebenarnya berkahwin baru dengan seorang wanita Indonesia.

Isteri baru didakwa pulang ke Indonesia selepas mengikis wang milik warga emas berkenaan.

warga emas

Arwah dikatakan menjauhkan diri daripada anak-anak kerana perkahwinannya tidak dipersetujui.

warga emas

Dalam masa 3 tahun itu, anak-anak ada mencari arwah tetapi tidak berjumpa. Malah, anak ada ke pangsapuri namun rumah berkunci rapat.

warga emas

Sehinggalah pada 5 September lalu anak-anak nekad meminta bantuan JMB memecahkan pintu rumah.


Scroll to Top