Ramai simpati dengan Fazura

Ramai simpati dengan Fazura

Kuala Lumpur: Hantaran dibuat pelakon dan usahawan, Nur Fazura, 41, di Instagram, hari ini, menarik perhatian warga maya yang hadir memberikan kata-kata semangat kepada ibu seorang anak itu.

Fazura yang memuat naik gambarnya berwarna hitam putih umpama kesedihan yang dirasai selepas dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin, hari ini.

Menerusi keterangan gambar petikan daripada kata-kata tulisan Ahli Fasafah Parsi terkemuka, Jalaluddin Rumi itu juga membayangkan pemilik nama sebenar, Nur Fazura Sharifuddin ini akur dengan suratan takdir apabila rumah tangganya kini dilanda ujian.

“It’s your road and yours alone, others may walk it with you, but no one can walk it for you” – Rumi.(Ini jalan kamu dan kamu bersendiri, orang lain mungkin boleh berjalan dengan kamu, tapi tiada siapa pun yang mahu berjalan dengan kamu),” tulisnya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersedih dengan situasi rumah tangga Fazura dan Fattah yang menjadi sorotan ramai baru-baru ini dengan pelbagai spekulasi yang timbul.

“Fazura yang saya kenal, orangnya kuat semangat,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Moga yang baik-baik sahaja untuk kak Faz,” kata seorang warganet.

“Hugs Faz… we love you,” tulis seorang lagi pengikutnya di IG.

Terdahulu, media hari ini melaporkan Fazura memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Perkara itu juga disahkan seorang sumber rapatnya meskipun tidak mendedahkan butiran terperinci mengenainya.

Isu keretakan rumah tangga pasangan Fazura dan Fattah hangat diperkatakan di media sosial apabila mereka didakwa tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.

Malah, mereka juga sudah tidak memuatnaik foto bersama-sama walaupun sebelum ini pernah menafikan dakwaan hubungan rumah tangga bermasalah.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Fazura dan Fattah tidak berjaya apabila mereka tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej WhatsApp.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top