Pelakon wanita, Wanna Ali dianggap tidak sensitif kerana muat naik gambar bersama Fattah Amin di Instagram sebentar tadi.
Netizen berpendapat waktu itu tidak sesuai memandangkan baru hari ini tersebar tentang berita Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya.
Knp nak post ni? Apa motif? Mcm xngam taming
Walau bagaimanapun, seorang individu tampil bersuara dengan mengatakan post itu sudah dijadualkan untuk keluar pada hari ini.
Dah la ini je proper gambar kasih & jazlan… ini je la gambar g diorang ada.. dan episod ni pun betul2 keluar malam tadi.. please korang.. wana pun dah text personally dgn Fazura.. wana paling tak amik tau pasal isu semasa… this is scheduled post… dia hanya buat kerja dia! Ini episode malam tadi.
Kesimpulannya, netizen tidak boleh menyalahkan Wanna. Beliau langsung tidak terlibat dalam isu rumah tangga orang.





