Tular di TikTok hari ini video dimuat naik akaun @ayuuariffin84 memaparkan peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar mendakwa abang bas tidak tahu maksud sebenar ‘crush’.
Menerusi video yang dimuat naik semula dari sesi langsung itu, abang bas dikatakan seorang lelaki yang baik.
Dia hanya melihat perkataan berkenaan tular di FYP TikTok dan meletakkan di ruangan kapsyen di perkongsiannya.
Difahamkan maklumat itu diperoleh peguam ketika bertemu dengan abang bas baru-baru ini. Dalam laporan terdahulu, abang bas berjaya dibebaskan selepas membayar ikat jamin keseluruhan berjumlah RM40,000.
Proses ikat jamin tersebut dilakukan peguam probono, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar selepas lebih seminggu ditahan di pusat tahanan sementara.
Abang bas dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap awal bulan.
Tertuduh juga tidak boleh mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa atau saksi pendakwaan serta perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.





