“Apa Yang Abang Bas Lakukan Itu Adalah Salah Menurut Akta”- Uyaina Arshad | Oh! Media
Pelakon Uyaina Arshad tampil memberi maklum balas selepas dirinya dikecam hebat oleh netizen selepas berkongsi tentang isu gangguan seksual melibatkan kanak-kanak sebelum ini.
Menurut Uyaina ini merupakan cabaran buat beliau untuk memberi pendidikan kepada masyarakat dan tidak perlu tunggu menjadi seorang peguam baru suarakan.
Lagipun isu ini sudah ada akta. Apa yang Abang Bas lakukan itu adalah salah menurut akta. Jadi siapa saya untuk cakap sesuka hati sahaja?
Selain itu, Uyaina juga turut mengucapkan rasa syukur kerana ada peguam yang mengambil kes tersebut secara sukarela.
Ini adalah hak undang-undang untuk semua orang. Tak kiralah siapa. Alhamdulillah, ada peguam yang secara sukarela ambil kes tersebut, ada yang nak membela dia.
Uyaina juga mengatakan dirinya hanya menyebarkan kesedaran dan beliau tidak pernah jatuhkan hukuman kepada ‘Abang Bas’ kerana itu adalah tugas mahkamah.