Selebriti terkenal, Rozita Che Wan (Che Ta) tampil membuat laporan polis terhadap pemilik akaun media sosial yang menghina anak perempuannya.
Individu berkenaan telah menyamakan pakaian Aaisyah seperti seorang pelacur dan tidak layak mendapat hantaran tinggi apabila berkahwin kelak.

Difahamkan, komen ditinggalkan individu terbabit selepas satu akaun TikTok memuat naik video Aaisyah dengan tajuk yang mengundang fitnah.


Namun, individu terbabit seolah-olah cuba melarikan diri apabila bertindak memadam akaun. Che Ta berkata dia akan cari sampai lubang cacing!
Selain balai polis, Che Ta juga memuat naik perkembangan terkini berada di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).





