Che Ta Berang Individu Mulut Celupar Hina Aisyah Dhia Rana Berpakaian Seperti P*lacur – “Hang Main Tahi, Aku Cari Sampai Lubang Cacing!”

Che Ta Berang Individu Mulut Celupar Hina Aisyah Dhia Rana Berpakaian Seperti P*lacur – “Hang Main Tahi, Aku Cari Sampai Lubang Cacing!”

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan meluahkan rasa berang apabila ada individu biadap telah menghina anak perempuannya, Aisyah Dhia Rana berpakaian seperti seorang pelacur.

Susulan itu, Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara, semalam.

Meskipun akaun media sosial individu tersebut sudah lesap, namun Che Ta tidak akan melepaskan serta mahu mengheret pelaku ke muka pengadilan.

“Siapa yang mengata dan kurang ajar dengan anak aku tu hang tunggu. Baik benam diri dalam tanah.

“Hang main tahi dengan aku, hang kena! Akaun hilang tak ada masalah, aku cari sampai lubang cacing,” katanya.

Sementara itu, aktres drama rantaian Cinta Buat Dara ini turut hadir ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selepas membuat laporan polis.

Difahamkan, individu tersebut meninggalkan komen di salah sebuah perkongsian Che Ta yang meminta Aisyah mempelajari cara membuat kerja rumah serta berseloroh mendapat wang hantaran berjumlah RM900,000.

Scroll to Top