Anak Terkena Jangkitan Kuman Di Paru-Paru Lepas Bapa Bawa Ke Acara RXZ Members | Oh! Media

Anak Terkena Jangkitan Kuman Di Paru-Paru Lepas Bapa Bawa Ke Acara RXZ Members | Oh! Media

Tular di TikTok, hantaran seorang lelaki mengenai anak kecilnya yang jatuh sakit selepas dibawa menghadiri acara himpunan motor, RXZ Member 4.0.

Kata lelaki tersebut, pada mulanya tiada apa yang berlaku tetapi selepas itu anaknya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas disyaki alami jangkitan kuman di paru-paru.

anak

Jangkitan kuman di paru-paru menyebabkan anak ditahan di wad selama 7 hari. Nasib baiklah anak tidak mengalami sebarang masalah serius.

rxz members

Difahamkan, jangkitan kuman disebabkan terhidu asap 2T yang dihasilkan menerus ekzos jentera RXZ pada acara yang dihadiri.

rxz members 4.0

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir ibu bapa yang mengabaikan kesihatan anak.

Menurut mereka, dengan persekitaran serta cuaca yang panas, anak kecil tidak sepatutnya dibawa berhimpun di acara motor seperti itu.


Scroll to Top