Dinobatkan Sebagai Juara Mingguan, Shila Amzah Mara Ke Pentas Akhir Pertandingan Singing With Legends Di China!

Dinobatkan Sebagai Juara Mingguan, Shila Amzah Mara Ke Pentas Akhir Pertandingan Singing With Legends Di China!

Hasil kerja keras penyanyi, Shila Amzah akhirnya membuahkan hasil apabila dia berjaya melangkah ke pusingan akhir dalam pertandingan nyanyian di China iaitu Singing With Legends musim keenam.

Lebih membanggakan, Shila turut dinobatkan sebagai juara mingguan program tersebut selepas tampil memukau penonton ketika menyanyikan dua lagu iaitu Bring Me To Life dan lagu mandarin berjudul Ning meng Cao De Wei Dao bersama penyanyi legenda, Julia Peng Jia Hui.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti mengucapkan tahniah atas kejayaan isteri kepada pempengaruh, Ubaidillah MZ itu.

Sekadar info, ini merupakan kali ketiga Shila menyertai pertandingan nynyian di China.

Sebelum ini, Shila dinobatkan sebagai juara program Asian Wave pada 2012 sebelum menyertai program I Am A Singer pada 2014.

Artikel Berkaitan: Sertai Pertandingan Singing With Legends, Shila Amzah Kembali Berentap Di Pentas China!

Scroll to Top