Israel serang Lubnan: 492 terkorban, 1,645 cedera

Israel serang Lubnan: 492 terkorban, 1,645 cedera
Selepas Semenanjung Gaza, Zionis Israel kini melakukan serangan udara pada skala besar-besaran ke atas Lubnan. (FOTO: Al Jazeera)
– Advertisement –

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 492 orang, termasuk 35 kanak-kanak dan 58 wanita terkorban dan 1,645 yang lain cedera dalam serangan Israel udara Israel pada Ahad yang sengit dan meluas menyasarkan pejuang Islam Hizbullah di Lubnan.

Kementerian Kesihatan Lubnan dalam kenyataannya berkata, ia merupakan serangan paling dahsyat terhadap Lubnan dalam tempoh hampir 20 tahun.

– Advertisement –

Beribu-ribu keluarga juga telah meninggalkan rumah mereka kerana tentera Israel berkata ia mencecah 1,300 sasaran Hizbullah dalam operasi untuk memusnahkan infrastruktur yang telah dibina kumpulan bersenjata itu sejak perang 2006, lapor BBC.

Hizbullah pula melancarkan lebih 200 roket ke utara Israel, menurut pihak tentera dan paramedik berkata, dua orang cedera terkena serpihan, lapor pula The Guardian.

Terdahulu, sehari sebelum itu  kuasa-kuasa besar dunia telah mendesak supaya menahan diri kerana kedua-dua pihak kelihatan semakin hampir ke arah perang habis-habisan, dengan Amerika Syarikat menurut laporan Financial Times, mengeluarkan amaran bahawa Lubnan bakal menghadapi serangan oleh Israel dalam skala besar-besaran.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB), António Guterres telah  melahirkan kebimbangan terhadap keadaan yang semakin meruncing dan berkata beliau tidak mahu Lubnan “menjadi satu lagi Gaza’.

Ketua Hal Ehwal Luar Kesatuan Eropah (EU ), Josep Borrell pula berkata, peningkatan serangan Israel itu terhadap Lubnan sebagai ‘amat berbahaya dan membimbangkan’ menjelang perhimpunan pemimpin dunia di PBB di New York, sambil menambah ‘kita hampir berada dalam perang penuh’.

Hampir setahun pertempuran rentas sempadan antara Israel dan Hizbullah yang dicetuskan oleh perang di Gaza telah membunuh ratusan orang, kebanyakannya pejuang Hizbullah, dan menyebabkan puluhan ribu orang kehilangan tempat tinggal di kedua-dua belah sempadan.

Hizbullah sebelum ini berkata ia bertindak menyokong pejuang Islam Palestin, Hamas dan tidak akan berhenti sehingga ada gencatan senjata di Gaza. 

Sementara di Semenanjung Gaza, Kementerian Kesihatan Gaza berkata 24 rakyat Palestin terbunuh dan 60 cedera dalam tempoh laporan terkini 24 jam, lapor Al Jazeera.

“Penduduk Lembah Bekaa Lubnan, di timur, diarahkan oleh Israel untuk meninggalkan rumah mereka sebelum ia melakukan kempen pengeboman besar-besaran di kawasan itu,” ujar kenyataan itu lagi.

Sekurang-kurangnya 41,431 orang terbunuh dan 95,818 yang lain cedera dalam perang genosid Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023. -Agensi/– HARAKAHDAILY 24/9/2024

– Advertisement –

Scroll to Top