Pelakon popular, Fattah Amin akhirnya memunculkan diri selepas lama menyepi dari berkongsi hal peribadinya di media sosial.
Bagaimanapun, menerusi hantaran terkini di ruangan Instagram Stories, teraju utama drama rantaian Lelaki Melayu Terakhir itu dilihat memuat naik foto hitam putih bersama anaknya, Nur Fatima Aisya berserta emoji hati berwarna biru.
Bagaimanapun, foto tersebut dimuat naik tanpa kehadiran isterinya, Fazura.

Meskipun tidak meletakkan sebarang kapsyen, Fattah sebelum ini pernah memaklumkan, bahawa dia menafikan dakwaan berlaku curang terhadap aktres itu.
Malah, menegaskan dia tidak mempunyai susuk wanita lain didalam hatinya melainkan isteri tercinta.
ARTIKEL BERKAITAN:Status Perkahwinan Akhirnya Terjawab, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin
ARTIKEL BERKAITAN:Terkejut Isteri Fail Perceraian, Fattah Amin Akui Masih Sayang Nur Fazura – “Tiada Wanita Lain Dalam Hidup Saya Seperti Yang Dihebohkan!”
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Nabil Aqil Sifatkan Fattah Amin Lelaki Melayu Terakhir – “Dia Sangat Baik, Tak Merokok…”
Terdahulu, memetik laporan Harian Metro, nasib rumah tangga pasangan selebriti itu bakal diketahui esok di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Pada 13 September lalu, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, dikatakan hadir ke mahkamah sama bagi memfailkan cerai terhadap Fattah.
Namun, Fattah memaklumkan dia terkejut apabila menerima berita isterinya itu memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
ARTIKEL BERKAITAN:Wanna Ali Dikritik Tak Sensitif Kongsi Foto Bersama Fattah Amin, Ada Peminat Back Up – “Dia Hanya Post Pasal Drama”
ARTIKEL BERKAITAN:Content Podcast Asyraf Khalid, Tya Ariffin Dikritik Tak Berkualiti Gara-Gara Ulas Isu Rumah Tangga Fazura dan Fattah Amin
ARTIKEL BERKAITAN:DJ Sonic Sifatkan Fazura Seorang Isteri Menjaga Aib Rumah Tangga – “Dia Tak Pernah Burukkan Fattah Amin”
ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Mohon Dilepaskan Cara Baik, Tarikh Sebutan Kes Masih Belum Ditetapkan
ARTIKEL BERKAITAN:Nur Fazura Kongsi Video Anak Ucap Ulang Tahun, ‘Birthday’ Kek Fattah Amin Curi Perhatian – “Ada Patung Fatima Dengan Daddy Saja… Mummy Mana?”
ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Kongsi Kata-Kata Di IGS – “Jika Sesuatu Yang Kau Senangi Tak Terjadi, Maka Senangilah Apa Yang Terjadi”




