Pelakon sensasi, Abby Abadi menitipkan kata semangat buat pasangan suami isteri yang juga pendakwah terkenal, Da’i Syed dan Hana Ismail.
Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan tarikh 5 Oktober depan sebagai sebutan semula pelupusan kes rogol pendakwah terbabit.
Abby atau nama penuhnya, Arbaiyah Abdul Manan menerusi perkongsian di ruangan Instagram Stories miliknya menitipkan pesanan agar kedua-duanya bersabar dengan ujian yang dihadapi.
“Sabar ya… Allah uji sebab sayang. Pasti ada hikmah,” tulisnya beserta pautan video yang diambil dari portal hiburan.
Terdahulu, Syed atau nama sebenar, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dibebaskan selepas 21 hari meringkuk dalam penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi didengar dan diputuskan
Dan, pada 30 Ogos lalu, Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
Manakala, Hana mencuri tumpuan rata-rata netizen apabila kelibatnya hadir ke Mahkamah Tinggi tular pada Isnin.
Difahamkan, Hana yang kelihatan berjubah dan berkaca hitam itu enggan memberikan komen lanjut berhubung kehadirannya ke mahkamah tersebut selepas dia didakwa turut memegang surat ikat jamin.
ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 21 Hari Meringkuk Dalam Penjara, Da’i Syed Bebas Dengan Ikat Jamin Sementara Tunggu Rayuan
ARTIKEL BERKAITAN:Netizen ‘Bitter’ Tengok Da’i Syed & Isteri Papar Aksi Mesra… Siap Komen – “Bahagia Jangan Tunjuk Sangat Kat Orang”
ARTIKEL BERKAITAN:Gara-Gara Nasihatkan Da’i Syed, Bekas Isteri Dakwa Afiq Muiz Kaki Pukul? – “Kau Buat Aku Patah Kaki & Jari, Tu Dipanggil Apa…?”
ARTIKEL BERKAITAN:Lakukan S*ks Luar Tabii Dan Cabul Pelajar Kolej, Da’i Syed Kini Bebas Tuduhan Jenayah Seksual
ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Guna Taktik Ajak Mangsa Datang Rumah, Isu Da’i Syed Makin Panas!




