Raut wajah pelakon, Fattah Amin yang sedih ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pagi tadi telah mengundang perhatian ramai.
BACA: Belum Sedia Lepaskan Fazura, Alasan Fattah Amin Undang Sebak
Menurut laporan Oh Bulan, Fattah tampil bersuara mengenai perkara itu dan berkata dirinya tidak mampu menyembunyikan perasaan sedih kerana dia merupakan seorang manusia biasa.
Saya ada perasaan, bukan robot. Tolong faham diri saya. Itu sahaja, terima kasih. Teruskan doa yang baik-baik.
Pihak media juga sempat bertanya mengenai tindakan Fazura yang memfailkan cerai sehari sebelum ulang tahunnya tapi Fattah meminta agar soalan itu ditujukan kepada Fazura sendiri.
Itu tak boleh tanya saya kenapa sehari sebelum.
Apapun, semoga urusan pasangan selebriti ini dipermudahkan.





