Pengarah filem terkenal, Ahmad Idham mengundang perhatian ramai menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram Story.
Kata Ahmad Idham, inilah realiti sebenar apabila orang ramai lebih berminat dengan kisah artis bercerai sehingga ada liputan secara langsung (live).

Sementara, perkara bermanfaat seperti artis meraikan konvokesyen langsung tidak diambil endah.
Jangan kata live, siaran tertunda pun mereka tak minat.
Respon ini dipercayai diberikan Ahmad Idham selepas kecoh isu prosiding penceraian di antara Nur Fazura dan Fattah Amin.
Di media sosial, rata-rata pengamal media dan netizen tertumpu kepada perkembangan terkini prosiding tersebut.





